Want your
own Fotopage?






 
Matahari's FotoPage

By: Matahari MAPSB

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 17-Oct-2007 03:59 Email | Share | | Bookmark
BUDAK LAPOK... tayangan di pawagam berdekatan anda!

 


Saksikan tayangan 'BUDAK LAPOK' di pawagam berdekatan anda bermula 13hb Oktober 2007

http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=713&mode=trailer&view=66

Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Sun 20-Jul-2008 07:02
Posted by:unnamed
Add comment


Tuesday, 29-May-2007 04:19 Email | Share | | Bookmark
Berita Harian 29 Mei 2007

 
 
 
Cereka animasi Budak Lapok kenang P Ramlee
Oleh Akmal Abdullah


Watak Ramlee, Sudin dan Ajis dipaparkan menerusi fantasi kisah zaman kanak-kanak di kampung

SEBELUM ini industri filem Malaysia sudah mempunyai dua filem cereka animasi berjudul Silat Legenda dan Putih.


Kini, satu lagi filem kartun untuk versi pawagam dihasilkan sebagai tanda apresiasi terhadap Allahyarham P Ramlee, khususnya mengenang semula tiga watak komedi dalam sekuel filem Bujang Lapok yang menjadi karya hebat sentuhan Seniman Agung itu.


VERSI KARTUN: Tiga watak dalam filem animasi
Budak Lapok (dari kiri) Sudin, Ramlee dan Ajis.

Menerusi produksi berjudul Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Production Sdn Bhd, filem animasi itu sudah hampir siap dan tenaga produksinya kini sedang membuat usaha akhir bagi menyiapkan sepenuhnya filem cereka itu dan dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Matahari Animation & Production, Wafa Tan Sri Abdul Kadir, berkata penerbitan filem animasi Budak Lapok itu dimulakan sejak 2005 dan proses membina lakaran animasi untuk babak filem itu dibuat sepanjang tahun lalu.

"Filem Budak Lapok adalah sebuah filem animasi yang diinspirasikan dan diceritakan semula Aziz Sattar dan juga S Shamsuddin. Tidak ketinggalan juga anak P Ramlee, Nasir yang banyak memberi sokongan di samping menyumbangkan suara untuk filem animasi ini.

“Penonton dibawa semula ke alam kehidupan anak-anak di mana ia menggambarkan pertemuan P Ramlee, Aziz dan S Shamsudin. Suatu penceritaan dalam suasana keceriaan anak-anak dalam menjalani keriangan hidup di kampung dalam suasana budaya Melayu.

“Mereka adalah anak nakal dan rajin berusaha. Kelucuan telatah mereka berakhir dengan kemenangan dan kejayaan.

“Di akhir penceritaan, mereka menyatakan hasrat dan keinginan cita-cita mereka. Kehidupan realiti mereka adalah apa yang kita lihat iaitu legenda tanah air,” kata Wafa.

Animasi Budak Lapuk juga bakal mencetuskan satu daya tarikan baru terhadap filem cereka animasi tempatan kerana ia dihasilkan dengan teliti dan mempunyai daya tarikan tersendiri mengikut acuan budaya dan cita rasa masyarakat di negara ini.

Lebih membanggakan, inilah kali pertama apresiasi terhadap P Ramlee dibuat menerusi animasi dalam usaha memperkenalkan trio Bujang Lapok kepada generasi baru terutama kanak-kanak untuk lebih menghayati karya filem Melayu klasik.



Care to comment?


Thursday, 29-Jun-2006 03:45 Email | Share | | Bookmark
Hi! Nama saya MATAHARI...

 


Hi, kawan-kawan! Nama saya MATAHARI . Tak lama lagi saya akan kenalkan kawan baru kepada kawan-kawan semua. Kawan baru saya ni 'special' tau. Nanti kita semua boleh jadi GENG! Geng budak baik la.. bukan gangster tau .. SERONOKNYA...

Selamat datang ke fotopages MATAHARI
sudi-sudilah ke http://ibresources.fotopages.com/
Thu 29-Jun-2006 04:42
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.